Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

D'Sham Muslim Shoppe adalah sebuah kedai yang membekal dan menjual peralatan ibadah dan pakaian serta keperluan haji dan umrah khusus buat umat islam. Hubungi kami melalui alamat email berikut: nnjaya73@yahoo.com.

Selasa, 21 Februari 2012

PRODUK BERASASKAN SUSU KAMBING KELUARAN HR KINI ADA DI DSHAM MUSLIM SHOPPE








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam hari rabu, diperkenal pula produk berasaskan 
susu kambing dan bio-teknologi
KINI ada dijual di 

D'Sham Muslim Shoppe

Susu Kambing tiada tandingan
Jadi penawar paling berharga
Impian hidup menjadi nyata

 susu kambing cukup istimewa
Enak lazat berkhasiat
Tua muda sama perlu
Murah harga semua mampu

Bangunkan Ummah insan terbilang
Sesuai buat sepanjang zaman.

****

Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya 
disandarkan kepada 
Abu Said al-Khudri mengata 
bahawa Rasulullah pernah bersabda 

“Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. 

Malah menurut Abdullah bin Mas’ud 

semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. 

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; 
Rasulullah bersabda “Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.
Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing:

“Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Kedua-dua buah hadis ini membuktikan bahawa semua para Anbiya`adalah gembala kambing. Malah jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah 
satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya 
seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan

anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. 
Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.


Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.

Sila hubungi kami untuk memilikinya....

Wasallam

Rabu, 4 Januari 2012

STOK STOKIN ~ D'SHAM MUSLIM SHOPPE

Sarung lengan wanita RM 6.00 sepasang

High ankle sock ~ stokin wanita, RM 8.00 sepasang

Candy sock ~ Stokin wanita RM 4.50 sepasang



shoes stopper untuk wanita dewasa dan kanak2 RM 5.00 (kanak2) RM 8.00 (Dewasa) sepasang



Extra thick ankle sock ~ stokin untuk lelaki & wanita RM 8.00 sepasang


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi 
Maha Pengasih dan Penyayang


Jom window shopping lagi, kini untuk stokin pula....jom lihat, 
dan jom beli, beli sepasang atau pun beli secara borong....
sila hubungi melalui email untuk keterangan lanjut.

Wasalam








Ahad, 25 Disember 2011

BAJU KURUNG ESKLUSIF


Shami sekeluarga manfaatkan cuti hujung minggu yang panjang
 di kedai baru kami D'SHAM MUSLIM SHOPPE
anak2 gembira bekerjasama menyiapkan keperluan kedai, masing-masing mempunyai tugasan sendiri.


BAHAGIAN A

AE6694









%%%%%%%%%

BAHAGIAN B

LQ677




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam Ahad, sambil berehat bersama keluarga, jom sekali lagi kita menjengok baju kurung esklusif untuk wanita yang telah Shami teliti ...dari masa ke semasa.
Bagi makluman sekiranya anda berminat minimum pembelian secara borong adalah dari 8 pasang dengan pelbagai warna yang di tawarkan. 
Untuk semakan kadarharga tawaran sila email kepada nnjaya73@yahoo.com.

Wasallam

Sabtu, 24 Disember 2011

KOLEKSI JUBAH


Adik mimi


D 807










D 705








D 905




AE4725          




AE6641












DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


Salam hari minggu,
Inilah koleksi jubah yang telah diteliti oleh Shami dan adik mimi.
Adik mimi adalah penolong dan peneman setiap setiap kali 
sesi mencari produk untuk kedai kami.
Jom window shopping jubah dari 
BLOG KEDAI D'SHAM MUSLIM SHOPPE
kalau anda berminat sila email ke nnjaya73@yahoo.com.


Nota:
Minimum pembelian adalah  8 pasang warna boleh dipilih bagi setiap jenis
sesuai di pakai ke pejabat dan majlis rasmi...
Kain jenis sejuk dan lembut
berminat sila hubungi shami.
Setiap pembelian perlu di tempah terlebih dahulu.
saiz yang ada S, M, L dan XL.
Jubah seluar putih saiz yang ada dari 40,42,44,46 dan 48
Harga tawaran bermula dari RM 150.00 sepasang bagi setiap jenis design.
Warna boleh di campur2.




Wasallam




                                                       
                                                  
     

Isnin, 12 Disember 2011

Catatan pengalaman D Sham Muslim Shoppe


Status kejiranan kedai

Kunjugan ke stor pembekal
Pelbagai warna baju dan tudung yang disesuaikan 
menarik...perhatian saya ketika sesi lawatan
ke stor pembekal...
Produk pakaian muslimah terkini kemas dan menutup aurat

Bersama salah seorang pembekal yang dilawati

Abang cik aan dan basikal antik yang menarik perhatiannya

Contoh gambar dekat pilihan sarung lengan
Pelbagai pilihan warna sarung lengan dewasa dan juga sesuai untuk anak2 remaja
Stoknya kini telah ada di D Sham Muslim Shoppe
Pandangan hadapan dari dalam kedai D Sham Muslim Shoppe indah dan sejuk mata memandang
nun dikejauhan nampak pepohon hijau subur tumbuh di atas bukit.
Terserlah damai dan nyaman suasana persekitarannya.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Salam sejahtera
Alhamdulillah D' Sham Muslim Shoppe sedang
dalam proses persiapan menyediakan beberapa kelengkapan
baik bagi promosi kedai, kelengkapan juga persediaan barangan yang akan dimuat jual di kedai tersebut.
dimana beberapa kriteria juga penelitian awal sedang di lakukan secara berperingkat.
Begitulah suasananya pabila perniagaan itu bakal dimulakan semula setelah di simpan hampir 14 tahun lamanya...pelbagai pekara perlu diteliti sesuai dengan kematangan dan suasana semasa.

Pada peringkat awal ini, berlaku beberapa ujian
itulah antara dugaan dan cabaran yang diterima pada peringkat awal memulakan perniagaan ini.
Alhamdulillah semua itu pasti ada hikmahnya...
Pengalaman terdahulu memulakan Grilled Lamb Steak pasti menjadi panduan.
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu telah pun di atur olehNya
Kita perlu peka dan bersedia menghadapi dengan cara yang diredhai olehNya. 
Ringkas ceritanya beg yang mengandungi  maklumat penting berhubung pembekal barangan perniagaan
yang telah dikumpul hampir 3 tahun lamanya serta
barangan milik peribadi istimewa shami iaitu tafsir Al quran dan hadis
serta beberapa barangan lain telah diambil tanpa disedari dengan kata lain telah dicuri. .
Alhamdulillah walaupun begitu sebahagiannya barangan dan dokumen tertentu
telah shami perolehi semula.
Beberapa proses persediaan awal secara kerohanian bagi
 memulakan perniagaan khususnya telah pun dilaksanakan
seperti doa selamat dan juga solat hajat ...
Senarai pembekal terkini juga sedang dikemaskini, lawatan ke stor dan premis pembekal juga
sedang dilakukan secara berperingkat..
Usaha, tumpuan dan doa serta harapan sentiasa dipanjatkan kepadaNya..
Sekian catatan pengalaman ringkas, sekali lagi memulakan perniagaan, mudah-mudahan
dapat dibaca dan dijadikan panduan yang baik kepada yang berminat untuk memulakan perniagaan seumpamanya...ataupun pada yang berminat mendapatkan barangan yang ditawarkan di kedai shami ini.

Wasalam.







Ahad, 20 November 2011

Sebaik baik Perhiasan Dunia adalah Wanita Solehah




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.
Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.
Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :
"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." 
(HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan  di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." 
(HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau abangmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.
Moga Allah memberi kekuatan untuk kembali kepada fitrah. Rapatlah dengan-Nya, pasti kekuatan itu timbul tanpa dipinta. Aku menyeru dan menasihati diriku terlebih dahulu.
Buatlah pilihan tekad. Mulakan dengan dirimu. Pasti sahabatmu yang lain mengikutimu. Walau pada awal mereka kelihatan menentang atau tidak suka perubahanmu namun, hatinya juga seperti hatimu. Ingin jua menjadi muslimah sejati. Hanya kekuatan belum muncul.
Ayuh, tanggalkan segala pakaian ahli neraka itu. Pakaikanlah pakaian fitrah. Pakaian ahli syurga. Tutuplah auratmu. Rapatlah dengan-Nya. InsyaAllah Dia akan membantu merealisasikan hasratmu itu.

Ahad, 13 November 2011

Motivasi : Perjalanan dakwah & niaga





Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. 
Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. 
Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. 
Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

 Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan juga, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? 
Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. 
Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga.

Wasallam