Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

D'Sham Muslim Shoppe adalah sebuah kedai yang membekal dan menjual peralatan ibadah dan pakaian serta keperluan haji dan umrah khusus buat umat islam. Hubungi kami melalui alamat email berikut: nnjaya73@yahoo.com.

Ahad, 13 November 2011

Motivasi : Perjalanan dakwah & niaga





Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. 
Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. 
Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman di samping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.

Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. 
Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

 Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan juga, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? 
Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. 
Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga.

Wasallam