Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

D'Sham Muslim Shoppe adalah sebuah kedai yang membekal dan menjual peralatan ibadah dan pakaian serta keperluan haji dan umrah khusus buat umat islam. Hubungi kami melalui alamat email berikut: nnjaya73@yahoo.com.

Selasa, 21 Februari 2012

PRODUK BERASASKAN SUSU KAMBING KELUARAN HR KINI ADA DI DSHAM MUSLIM SHOPPE








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Salam hari rabu, diperkenal pula produk berasaskan 
susu kambing dan bio-teknologi
KINI ada dijual di 

D'Sham Muslim Shoppe

Susu Kambing tiada tandingan
Jadi penawar paling berharga
Impian hidup menjadi nyata

 susu kambing cukup istimewa
Enak lazat berkhasiat
Tua muda sama perlu
Murah harga semua mampu

Bangunkan Ummah insan terbilang
Sesuai buat sepanjang zaman.

****

Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya 
disandarkan kepada 
Abu Said al-Khudri mengata 
bahawa Rasulullah pernah bersabda 

Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. 

Malah menurut Abdullah bin Mas’ud 

semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. 

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; 
Rasulullah bersabda “Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.
Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing:

Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Kedua-dua buah hadis ini membuktikan bahawa semua para Anbiya`adalah gembala kambing. Malah jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah 
satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya 
seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.

Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan

anak nabi Adam, Habil merupakan penternak kambing yang pertama di muka dunia. 
Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.


Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.

Sila hubungi kami untuk memilikinya....

Wasallam