Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

D'Sham Muslim Shoppe adalah sebuah kedai yang membekal dan menjual peralatan ibadah dan pakaian serta keperluan haji dan umrah khusus buat umat islam. Hubungi kami melalui alamat email berikut: nnjaya73@yahoo.com.

Isnin, 12 Disember 2011

Catatan pengalaman D Sham Muslim Shoppe


Status kejiranan kedai

Kunjugan ke stor pembekal
Pelbagai warna baju dan tudung yang disesuaikan 
menarik...perhatian saya ketika sesi lawatan
ke stor pembekal...
Produk pakaian muslimah terkini kemas dan menutup aurat

Bersama salah seorang pembekal yang dilawati

Abang cik aan dan basikal antik yang menarik perhatiannya

Contoh gambar dekat pilihan sarung lengan
Pelbagai pilihan warna sarung lengan dewasa dan juga sesuai untuk anak2 remaja
Stoknya kini telah ada di D Sham Muslim Shoppe
Pandangan hadapan dari dalam kedai D Sham Muslim Shoppe indah dan sejuk mata memandang
nun dikejauhan nampak pepohon hijau subur tumbuh di atas bukit.
Terserlah damai dan nyaman suasana persekitarannya.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Salam sejahtera
Alhamdulillah D' Sham Muslim Shoppe sedang
dalam proses persiapan menyediakan beberapa kelengkapan
baik bagi promosi kedai, kelengkapan juga persediaan barangan yang akan dimuat jual di kedai tersebut.
dimana beberapa kriteria juga penelitian awal sedang di lakukan secara berperingkat.
Begitulah suasananya pabila perniagaan itu bakal dimulakan semula setelah di simpan hampir 14 tahun lamanya...pelbagai pekara perlu diteliti sesuai dengan kematangan dan suasana semasa.

Pada peringkat awal ini, berlaku beberapa ujian
itulah antara dugaan dan cabaran yang diterima pada peringkat awal memulakan perniagaan ini.
Alhamdulillah semua itu pasti ada hikmahnya...
Pengalaman terdahulu memulakan Grilled Lamb Steak pasti menjadi panduan.
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu telah pun di atur olehNya
Kita perlu peka dan bersedia menghadapi dengan cara yang diredhai olehNya. 
Ringkas ceritanya beg yang mengandungi  maklumat penting berhubung pembekal barangan perniagaan
yang telah dikumpul hampir 3 tahun lamanya serta
barangan milik peribadi istimewa shami iaitu tafsir Al quran dan hadis
serta beberapa barangan lain telah diambil tanpa disedari dengan kata lain telah dicuri. .
Alhamdulillah walaupun begitu sebahagiannya barangan dan dokumen tertentu
telah shami perolehi semula.
Beberapa proses persediaan awal secara kerohanian bagi
 memulakan perniagaan khususnya telah pun dilaksanakan
seperti doa selamat dan juga solat hajat ...
Senarai pembekal terkini juga sedang dikemaskini, lawatan ke stor dan premis pembekal juga
sedang dilakukan secara berperingkat..
Usaha, tumpuan dan doa serta harapan sentiasa dipanjatkan kepadaNya..
Sekian catatan pengalaman ringkas, sekali lagi memulakan perniagaan, mudah-mudahan
dapat dibaca dan dijadikan panduan yang baik kepada yang berminat untuk memulakan perniagaan seumpamanya...ataupun pada yang berminat mendapatkan barangan yang ditawarkan di kedai shami ini.

Wasalam.