Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang

D'Sham Muslim Shoppe adalah sebuah kedai yang membekal dan menjual peralatan ibadah dan pakaian serta keperluan haji dan umrah khusus buat umat islam. Hubungi kami melalui alamat email berikut: nnjaya73@yahoo.com.

Khamis, 3 Mei 2012

D' Sham Muslim Shoppe dari mata hati saya

Pandangan hadapan
Kejiranan  kedai saya di sebelah kanan
Kejiranan di sebelah kiri
Pandangan depan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang


 Salam hari jumaat
Alhamdulillah, 
bertemu lagi di blog saya 
D Sham Muslim Shoppe
 diperkenalkan buat kawan2 semua, 
kedai saya seterusnya
D Sham Muslim Shoppe...
 hampir 2 tahun  beroperasi secara online, 
juga melalui jualan lansung
kepada pelanggan dari dunia maya dan dunia nyata.
Tarikh operasinya insyallah pada 1hb Jun 2012 nanti.


Waktu perniagaan insyallah  dari jam 9.00 pagi ke 9.00 malam.
  Alhamdulillah begitulah hikmah Allah SWT.


Amanah , Jujur, ikhlas, istiqamah, berbaik sangka, berwaspada
amal jariah, solat malam, puasa, 
belajar, faham dan mengamalkan isi kandungan Al quran
contohi Rasulullah nabi kita
fasa hidup amalan agama biarlah perlahan2 dan selari
dengan usia kita....bagaimana masa muda kita
begitulah adanya masa tua kita nanti
inilah fasa hidup saya kini.


Didalam berbakti pada yang memerlukan
saya juga membina impian sendiri
Semoga bakti dan impian saya ini
 diredhai dan dirahmati olehNya.


Tiada yang mustahil dalam hidup kita ini
sentiasa tingkatkan pembangunan diri kita
 janji Allah itu benar belaka. 
Bawalah setiap saat hati kita dekat padaNya.



Perkongsian Ilmu


Tingkatkan iman


Betapa kadang-kadang manusia leka dengan kehidupan dunia yang sementara. 
Sesungguhnya ALLAH SWT melimpahkan segala nikmat dalam kehidupan di dunia ini. 
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, 

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allah lah (datangnya)…” 
(Surah An-Nahl: 53).

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: 
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, 
nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” 
(Surah An-Nahl: 18) 

Bagaimanakah cara mudah walaupun bertatih untuk mensyukuri pelbagai nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhingga ini? 

Jawapannya ialah menjalani kehidupan dengan mempertingkat iman. 
Iman yang mempunyai pelbagai tingkatan merupakan antara nikmat kurniaan ALLAH SWT yang tidak ternilai.

Nikmat iman hanya dapat difahami orang yang benar-benar menjalankan kehidupannya menggunakan petunjuk ALLAH SWT dan mencontohi Rasul-Nya. 
Ia menghasilkan kehidupan yang murni. 


Dengan peningkatan iman, 
maka diri seseorang sentiasa terperlihara daripada pelbagai segi 
termasuk perjalanan kehidupan secara keseluruhan.

Memanjatkan rasa syukur dengan cara yang dibenarkan Islam adalah berterima kasih kepada ALLAH akan kelahiran anda ke dunia. 

Antara cara utama menunjukkan rasa kesyukuran ialah menghindari kemungkaran dan maksiat.

Bercakap kosong dan membazir masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah juga adalah maksiat. 



Sebenarnya tidak solat lima waktu dan 
tidak puasa Ramadan juga ialah maksiat kerana secara umum tidak mengerjakan suruhan-Nya ialah maksiat.


Lawan kepada maksiat ialah ibadah iaitu dengan melakukan amal kebajikan. 
Jadi meningkatkan takwa yang dilaksanakan seiring dengan peningkatan iman ialah cara kita menunjukkan rasa kesyukuran terhadap limpahan nikmat ALLAH yang meliputi seluruh kehidupan kita.

Takwa merujuk kepada rasa takut akan seksaan ALLAH dengan mengelakkan perbuatan larangan-Nya dan meningkatkan amal soleh suruhan-Nya. 

 
Apalah erti kenduri kesyukuran jika solat lima waktu yang menjadi penentu diterima sesuatu amal ibadah tidak dilaksanakan? 
Apalah erti bersyukur jika meremehkan nasihat berguna berlandaskan agama?

Wasallam

Tiada ulasan: